
Hari ini saya kirimkan dokumen Rukunegara untuk renungan seluruh warga siber Malaysia dengan nota “saya harap ramai-ramai kita downloadkan dokumen ini dan kirimkan kepada seluruh pihak yang terbukti sedang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu pada ketika ini. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!”
Saya berbuat demikian kerana prinsip kedua Rukunegara adalah “KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.” Prinsip ini dimaktubkan sedemikian rupa kerana Raja-Raja Melayu dan institusinya adalah sendi utama kepada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Ini juga kerana Raja-Raja Melayu dan institusinya adalah payung makhota kepada kesejahteraan, keharmonian dan kedamaian rakyat jelata seluruhnya.
Pada waktu yang sama, oleh kerana kekusutan yang sedang berlaku di Terengganu hari ini adalah membabitkan UMNO selaku tulangbelakang Barisan Nasional (BN), wajarlah pihak-pihak yang terbabit merujuk kepada Perlembagaan UMNO. Rujuklah kepada Fasal 3 perlembagaan tersebut seperti berikut:
FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Sesudah itu, bacalah Fasal 3(2) yang menyatakan bahawa antara asas dan tujuan perjuangan UMNO adalah “Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.”
Sila baca Fasal 3(2) ini secara berulang kali sehingga semangat, roh dan jiwanya menggelorakan keinsafan kepada kita semua. Sesudah itu, tanya diri kita, adakah Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, insaf bahawa apa yang beliau lakukan pada hari ini, dalam konteks kemelut Menteri Besar Terengganu, mencanggahi Perlembagaan UMNO?
Seterusnya, tanyalah kepada pihak UMNO yang merentangkan banner dengan kata-kata: “Kami Mahu Idris, Natang” dengan soalan tegas, siapakah yang mereka maksudkan “NATANG atau BINATANG?” Kalau mereka jawab, “NATANG” yang dimaksudkan adalah lembu-lembu yang berkeliaran di Jalan Kuala Berang, tak mengapa!
Tapi kalau perkataan “NATANG atau BINATANG” ini ditujukan kepada pihak yang sedang dibantah keputusannya kerana melantik ADUN Kijal, YAB Ahmad Said, selaku Menteri Besar Terengganu, manusia yang derhaka ini mesti “disula” dengan serta merta! Heret mereka ke Balai Polis terdekat dan buat laporan bahawa perbuatan manusia berkenaan adalah satu penderhakaan!
Sesudah itu, kirimkan salinan laporan polis itu kepada Hishamuddin Hussein selaku Ketua Pemuda UMNO dan Khairy Jamaluddin selaku Naibnya. Beritahu kedua-dua “hero?” Melayu ini bahawa inilah waktunya kalau mereka mahu menghunus keris untuk menyula Melayu-Melayu yang derhaka kepada Rajanya!
Dan, jangan lupa kirimkan salinan juga kepada Abdullah. Katakan kepadanya, kalau beliau tidak bertindak tegas untuk menurunkan kain rentang itu, maka beliau perlu diheret sama dalam tuduhan berkenaan kerana bersekongkol dengan Melayu-Melayu derhaka.
Seterusnya, renungkanlah komen seorang pelayar blog ini dengan nama Hang Aku, mengenai apa yang sedang berlaku di Terengganu sekarang, seperti berikut:
Bandingkan dan fikirkan wahai orang yang berfikir:
1) DAP biadap kerana cuba boikot majlis angkat sumpah MB Perak. Tapi, UMNO tak biadap bila nak boikot majlis angkat sumpah MB Terengganu?
2) Datuk Ahmad Said (Terengganu) akan dipecat kerana langgar watikah Presiden UMNO. Tapi, Datuk Md. Isa Sabu (Perlis) tak dipecat kerana isu yang sama?
3) Zam (Datuk Seri Zainuddin Maidin, Kedah) diselar oleh pemimpin UMNO kerana komen yang dikatakan tidak benar pasal pembaziran wang dan usaha keras untuk menawan Kelantan. Tapi, Ku Li disuruh rampas Kelantan sebelum cabar Presiden UMNO kerana dikatakan banyak wang dan usaha yang telah digunakan untuk menawan Kelantan tapi gagal. Bazir dan guna...macam sama je maksudnya?
4) Kerajaan baru Perak dikatakan tiada muafakat kerana bertelagah untuk memilih Exco. Tapi, kerajaan Terengganu nak dapat MB pun payah? - Hang Aku: 8:40 PM
Demikianlah renungan untuk kita semua kali ini. Kepada sahabat-sahabat saya di Terengganu, fikir-fikirkanlah mesej di sebalik renungan ini. Kepada Abdullah, undurlah sekarang juga kalau masalah seperti ini pun susah sangat nak diselesaikan. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!!! – Ruhanie Ahmad
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
25 March, 2008
RENUNGAN BUAT RAKYAT MALAYSIA
12 March, 2008
Tahniah & Peringatan Bagi Mereka yang Menang
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Alhamdulillah, keputusan pilihanraya sudah keluar dan masing-masing sudah mengetahui keputusannya. Ada yang menang dan ada yang tewas. Banyak juga keputusan yang di luar dugaan.
Saya menulis tulisan ringkas ini sebagai nasihat kepada mereka yang menang, terutamanya yang BARU menang. Bagi mereka yang sudah lama menang dan menang lagi nasihat yang sama terpakai Cuma ia lebih kuat ditujukan kepada yang baru menang, kerana cabaran dalamannya mungkin lebih besar.
Allh swt telah mengingatkan kita berkenaan ujian yang diberikan datang dalam dua bentuk. Iaitu susah dan senang :-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Ertinya : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan. ( Al-Anbiya : 35 )
Secara jelas Allah menyebut ujian dengan kebaikan. Maka kemenangan adalah satu bentuk ujian yang amat hebat malah lebih hebat dari yang kalah. Sebagaimana ujian kekayaan sentiasa mampu menjauhkan individu dari Allah dalam pelbagai bentuk.
Justeru, bagi mereka yang pertama kali mendapat kuasa pemerintahan di negeri-negeri tertentu. Cabaran ini pastinya besar. Cabaran membahagikan jawatan, gaji, kuasa penentu aliran kewangan dan pengaruh kerap akan ‘mencederakan' dalaman dan kekuatan perjuangan yang dilaungkan.
Jangan dan Jangan
Kerana itu, secara ringkasnya ingin saya menasihatkan semua yang baru mendapat kedudukan dengan nasihat ringaks berikut : -
"janganlah ada yang mendabik dada bahawa dialah sebab dan punca kemenangan kerana semuanya kemenangan anda datang dari Allah samada untuk menaikkan kedudukan seseorang di sisi Allah atau menjatuhkan kedudukan di sisiNya."
Firman Allah swt :-
فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ
Ertinya : Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: ""Tuhanku telah memuliakanku' Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: ""Tuhanku menghinakanku ( Al-Fajr : 15-16)
"janganlah kerusi ‘leather' empuk yang baru diperoleh melupakan anda dengan perjuangan asal"
"jangan kerusi bertanda ADUN atau ahli parlimen, atau Menteri atau exco menyebabkan diri tertipu sehingga terjebak dalam penggunaan kuasa secara salah, perolehan harta secara salah"
"janganlah gelaran YB dan lain-lain gelaran baru menyebabkan anda bertukar sifat dan kelakuan dari peramah dan berjiwa masyarakat kepada berjiwa syaitan yang angkuh dan sombong"
"janganlah pejabat baru yang canggih dan cantik yang sebelum ini tidak pernah dimasuki menjadikan diri terlupa dengan amanah yang digalas di dunia dan akhirat.."
Ya Allah, sesungguhnya ujian sebegini amat besar dan mudah menggoda kecuali bagi mereka yang sentiasa beringat-ingat tentang akhiratnya.
Jawatankuasa Hisbah Pastikan Ketepatan
Dalam sistem ekonomi Islam, jawatankuasa hisbah perlu dilantik bagi memantau perkara ini dari berlaku dalam sesebuah kepimpinan. Setiap perbelanjaan ke luar Negara jangan berboros dan demikian juga perbelanjaan yang lain. Jangan ditiru ‘trend' penggunaan kuasa dan harta yang ada di keliling kita, kerana apa yang buruk tidak boleh sama sekali dijadikan contoh.
Rakyat di sekeliling pasti akan memantau tindak tanduk kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri baru dengan mata terbuka dan minda jelas. Janji dan dasar perjuangan anti rasuah dan lain-lain akan ditagih.
Bagi kumpulan yang memperjuangkan Islam yang menang di negeri-negeri baru, Saya amat harap mereka serius dalam membersihkan akaun, pendapatan dan perbelanajaan kerajaan negeri dari riba. Gunakanlah khidmat perbankan Islam yang ada agar keberkatan bertambah walaupun masih terdapat perdebatan dalam beberap akonsep yang digunakan. Ia jauh lebih baik dari konvensional yang haram riba secara sepakat ulama sedunia.
Tugas Rakyat
Teruskan menegur dengan hemah setiap kesilapan yang dilakukan agar semua yang menang sentiasa berada di landasan yang betul. Sabda Nabi :-
إذا أَرَادَ الله بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ له وَزِيرَ صِدْقٍ إن نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وإذا أَرَادَ الله بِهِ غير ذلك جَعَلَ له وَزِيرَ سُوءٍ إن نَسِيَ لم يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لم يُعِنْهُ
Ertinya : "Apabila Allah inginkan bagi seseorang pemimpin itu kebaikan, akan dijadikan baginya menteri-menteri ( pegawai-pegawai) yang amanah, apabila pemimpin terlupa ia akan mengingatkan dan apabila pemimpin telah ingat, ia akan membantunya. Apabila Allah menginginkan kecelakaan bagi mereka, dijadikan baginya pemimpin yang jahat, apabila mereka lupa, tidak akan diingatkan dan di ketika mereka inagt, tidak akan dibantunya mereka (laksanakan tugas)" ( Riwayat Abu Daud, 3/131 ; Ibn Hibban ; Al-Bazzar , Al-Haithami : Perawi Bazzar sohih, Majma Az-Zawaid)
11 March, 2008
PRU 2008 : Fakta-fakta Menarik
06 March, 2008
NEGARA BERKEBAJIKAN BARISAN NASIONAL
- Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
- Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
- Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
- Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
- Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
- Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
- Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
- Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
- Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
- Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
- Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
- Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
- Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
- Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
- Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
- Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
NAJIB KATA NEGARA BOLEH BANGKRAP!!!!!!
MANIFESTO BN DAN HAKIKATNYA…!!
PILIHANRAYA LEPAS (PRU-11):
“Cemerlang, Gemilang, Terbilang “
HAKIKATNYA…
• HARGA PETROL NAIK
• HARGA BARANGAN KEPERLUAN HARIAN NAIK
• TOL NAIK
• KEMUSNAHAN SISTEM KEHAKIMAN SEPERTI KES VIDEO VK LINGAM
• PEMBAZIRAN WANG RAKYAT SEPERTI PEMBAYARAN KOMISYEN KEATAS PEMBELIAN
PESAWAT SUKHOI DAN KAPALSELAM YANG BERJUMLAH HAMPIR RM900 JUTA (RAKYAT
DAPAT APA?)
• MEMPERKAYAKAN KRONI PEMIMPIN DENGAN PROJEK-PROJEK MEGA
• PENGSWASTAAN HOSPITAL (RAKYAT KEBANYAKAN TAK MAMPU..)
• RASUAH PEMIMPIN WALAUPUN TELAH DILAPORKAN KEPADA BPR BEBERAPA KALI TANPA
TINDAKAN YANG DIAMBIL
• KETIDAK KEBERKESANAN SISTEM PERUNDANGAN NEGARA DENGAN KES-KES YANG
BERCELARU SEPERTI:-
o KES PEMBUNUHAN MUSTAHKIZAH, PEMBUNUHAN NORITA SAMSUDIN
o KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHARIBUU, PEMBUNUHAN ADIK NURIN
o KES KEHILANGAN ADIK SHARLINIE
PILIHANRAYA KALI NI (PRU-12):
“Selamat , Aman, Makmur“
HAKIKATNYA…
• KRONI YANG SELAMAT DARIPADA PENGADILAN.. ERIC CHIA, RAFIDAH AZIZ; 18 NAMA
BESAR
• SEMUA HARTA RAKYAT “SELAMAT” DISAPU KHAIRY AND THE GANG & KRONI
• “SELAMAT” TINGGAL KEPADA KETELUSAN PENTADBIRAN. APA CERITA TABUNG WARISAN
PETRONAS YANG DITUBUH KAN PADA 1986?
• AKAUN PETRONAS TIDAK PERNAH DIAUDIT. PETRONAS TERUS DIBAWAH JPM. SELAMAT
PAK LAH LEGO DUIT RAKYAT!!
• AMAN HANYA DI DALAM SURAT KHABAR.. AMAN DUNIA, SEMUA KONTRAK KENA SAPU
OLEH SCOMI DAN KRONI.. MENTERI KORUP TERSELAMAT..
• MAKMUR HANYA HIDUP PAK LAH DAN KRONI. HIDUP RAKYAT BERTAMBAH SEMPIT;
HARGA BARANG TERUS MENINGKAT, PAK LAH DAN KELUARGA MELANCUNG KE SANA
SINI..
SEKIRANYA MASIH TERFIKIR UNTUK MENGUNDI BN..
• Jangan terpedaya dengan pembohongan pemimpin di akhbar–akhbar. Sudah 50 tahun BN diberi
peluang. Hasilnya, kroni yang kaya.. Rakyat makin merana.
• Jangan ditipu dengan perbezaan harga minyak kita dengan harga di negara-negara jiran yang
bukan pengeluar minyak. Memanglah harga mereka mahal kerana mereka bukan negara pengeluar
minyak. Mereka membeli / import minyak dari luar. TETAPI, kita negara pengeluar minyak.
Sepatutnya mereka kena bandingkan dengan harga minyak yang dijual di Brunei atau negaranegara
pengeluar minyak yang lain. Dengan eksport minyak, PETRONAS untung hampir RM80
billion setahun. Semua perbelanjaan PETRONAS tidak didedahkan di parlimen. Mereka takut
rakyat tau kemana wang untung itu dibelanjakan.
• Jangan biarkan kita diperbodohkan lagi setelah 50 tahun kita ditipu hidup-hidup oleh mereka yang
pentingkan poket dan mengumpul kekayaan keluarga sendiri dan kroni dari masalah rakyat
marhaen. SEKARANG, AYUH KITA BERUBAH..!!
05 March, 2008
SPR YANG HARU BIRU!!!!!BEE END ( BN ) TERDESAK
SPR BATAL PENGGUNAAN DAKWAT PADA KUKU SEMASA PILIHAN RAYA
04/03/2008 5:05pm
PUTRAJAYA 4 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.- Utusan
_________________________________________________
PILIHANRAYA: SPR Setuju Guna Tanda Dakwat
Posted on Ogos 14, 2007
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada pilihan raya umum akan datang.
Tahniah kepada Pengerusi SPR kerana sekali lagi membuktikan yang anda menjadi kuda tunggangan BN untuk sekali lagi berkuasa di Malaysia dengan cara yang kotor dan keji. Bukan sahaja media massa di Malaysia telah dikuasai oleh rejim BN,ketidakbetulan pada no. siri kad pengenalan yang meragukan sehingga kanak-kanak dan orang tua berumur lebih 100 tahun masih boleh mengundi, malah anda sendiri banyak mengeluarkan pendapat yang bias terhadap parti kerajaan dan prejudis terhadap parti pembangkang sehingga ke tahap mencabar pembangkang memulaukan pilihanraya kali ini.. penggunaan dakwat pada kuku yang disahkan halal dan boleh mengambil wuduk, dan menjadi cara terakhir memastikan tiada pengundi mengundi lebih daripada sekali dalam satu-satu masa, anda batalkan pada detik-detik terakhir pilihanraya. Tahniah Rashid!

