21 July, 2009

25 Tahun

Hari ini genap umurku 25 tahun. Bermakna semakin dekat menghampiri kematian. Angka 25 tahun ini sudah pasti membawa perubahan yang besar kepada diriku. Ini kerana aku akan mengalami perubahan transisi persekitaran iaitu dari alam mahasiswa kepada alam pekerjaan yang memerlukan komitmen yang tinggi agar diri terus thabat dalam perjuangan.

Terima kasih buat sahabat – sahabat di RV, ANW, VM, PMAPIUM, PMIUM, MUJAHID,SMPI, PERSAMA,MISA, GAMIS, MTKN,JPM dan yang lain – lain kerana memberikan sokongan dan dorongan dalam mengekalkan momentum diri untuk berada dalam landasan perjuangan Islam. Jutaan kemaafan dipohon,jika sepanjang bersama kalian ada khilaf yang berlaku. Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat.

1 ulasan:

Mohamad Hilman bin Nordin said...

Salam. Happy belated birthday!