03 July, 2009

Pemuda UMNO Melaka mengakui bertindak ganas & Perkauman

Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga mencederakan seorang ADUN pembangkang semalam.

Sewaktu kejadian, dua parti Pakatan Rakyat itu sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih baru di sebuah pasar malam.

Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Jailani Khamis "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran di pasar malam Taman Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS Melaka hari ini.

"Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (pemimpin Pemuda Umno itu) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya
"Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain.

Pemuda Umno Bukit Katil hari ini mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi.

Sementara Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis berkata beliau “tidak tahu” pihak mana yang memecahkan meja tersebut tetapi dimaklumkan ia memang dirosakkan.

Beliau juga menafikan memaki-hamun kepada pemimpin Pemuda PAS tetapi mengakui berbuat demikian kepada pemimpin Pemuda DAP.

Sumber:
http:// www.malaysiakini.com
http://palestinhood.blogspot.com
http://wwwaizatlegendz.blogspot.com

0 ulasan: