Walaupun keputusan ini menunjukkan perbezaan amat ketara dari sudut kuantiti, namun saya percaya wakil MPP dari Pro – M mampu buktikan mereka dikalangan yang terbaik dan berada pada satu tahap kehadapan berbanding MPP dari Pro – Aspirasi. Hujahnya mudah, Pro – M bertanding atas kapasiti sendiri berbanding Pro – Aspirasi menjadi calon boneka Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) yang ditaja dari sudut kursus calon, kewangan dan logistik semasa berkempen. Secara tidak sedar, sebenarnya HEP membunuh idealis dan semangat juang mahasiswa dari kem Aspirasi.

PRK kali ini juga menampilkan isu – isu yang kontroversi bersifat nasional seperti isu kepala babi di Surau Akademi Islam UM, Isu rasuah TNC HEPA UM, dan sekitar isu ketidakadilan berlaku hampir diseluruh kampus yang mana Pro – M bertanding dalam PRK tersebut. Peristiwa – peristiwa tersebut menyebabkan Dato Seri Khaled Nordin selaku menteri di Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) mengeluarkan kenyataan mengatakan PRK lebih hangat dari Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ( Sumber Kosmo ).
Secara kebetulan PRK kali ini bertembung dengan PRK 036 KT yang mana dimenangi oleh Adun Wakaf Mempelam YB Abdul Wahid Endut yang mewakili PAS mengalahkan Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN dan Azharudin Mamat @ Adam dari Bebas dengan majoriti 2.631 undi. Walaupun media massa yang agak bias dari sudut liputan, namun segala – galanya telah diterjemahkan oleh pengundi yang sudah muak dan jelek dengan propaganda dari BN. Syabas dan tahniah untuk rakyat Kuala Terengganu kerana bijak membuat pilihan.
Berdasarkan analisa yang dibuat, tamparan hebat diberikan kepada BN dimana kebanyakkan anak muda menyebelahi PAS sehingga mereka bukan sahaja menterjemahkan sokongan mereka melalui undi malahan mereka berani secara terang – terangan menyokong PAS apabila mereka berkonvoi beramai – ramai membawa bendera PAS semasa malam keputusan PRK KT. Ini turut diakui oleh segelintir pimpinan BN di Kuala Terengganu apabila ditemuramah oleh wartawan.
Trend perubahan tersebut bukan sahaja berakhir di KT, malahan melanda kampus UM yang mana selang 2 hari dari PRK KT, UM dikuasai semula oleh Pro – M setelah 5 tahun menanti kemenangan.

Fenomena ini membuktikan secara jelas, anak muda dahagakan perubahan. Peluang ini hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin oleh ahli gerakan Islam kampus ( GIK ) dalam memberikan kesedaran kepada mahasiswa tentang kesyumulan Islam. Ahli GIK hendaklah meneruskan momentum dalam PRK untuk diterjemahkan dalam medan tarbiyah. Sebelum ini, ahli GIK sentiasa memikirkan starategi – strategi untuk mendapatkan kemenangan.Nah! sekarang kita fikirkan pula strategi – strategi untuk meningkatkan dakwah dan tarbiyah dalam kampus.

Ahli GIK perlu faham dan sedar, perjuangan yang dilakukan bukan berdasarkan atas semangat ( hammasah ) tetapi perjuangan yang dilaksanakan adalah atas dasar kefahaman dan berlandaskan kepada aqidah yang sahih. Al – Quran telah merakamkan bagaimana peristiwa Talut mengalahkan tentera Jalut dalam ayat 250 – 251 surah al – Baqarah yang telah membuktikan bahawa golongan yang berjuang atas dasar semangat akan mudah gugur dalam perjuangan tetapi mereka yang berjuang atas dasar aqidah yang sahih akan terus istiqomah dalam perjuangan Islam.
Sudah tiba masanya kita berhenti dari memperkatakan tentang PRK, sekarang masa untuk melakasanakan gerak kerja dakwah dan tarbiyah. Perkasakan semula usrah – usrah dikolej – kolej kediaman yang sebelum ini dilihat malap, perbanyak dan pelbagaikan aktiviti - aktiviti kerohanian seperti kuliah – kuliah umum, seminar, diskusi buku, forum dan sebagainya.
Jalur lebarkan dakwah dan tarbiyah kepada golongan untapped marked yang inginkan perubahan. Ahli GIK hendaklah mendekati mereka bukan hanya sekadar bercakap retorik dalam kuliah – kuliah. Ketahuilah, kemenangan juga merupakan ujian daripada Allah untuk menguji hamba – hambanya agar tidak leka dari melaksanakan gerak kerja Islam.
Ahli GIK hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan beberapa persiapan agar tidak hanyut dalam arus kemenangan. Di antara persiapan tersebut adalah dari sudut fikrah. Ahli GIK perlu bermuhasabah, berapa banyak buku – buku tentang Islam yang sudah dibaca, berapa banyak hadith yang dibaca dan difahami serta dihayati, berapa banyak ayat – ayat Al – Quran yang ditadabbur?Tanpa ada persiapan fikrah yang kukuh, kita tidak akan dapat melawan serangan – serangan pemikiran yang di lancarkan kepada umat Islam pada zaman sekarang, hatta dalam kampus atau pun masyarakat diluar sana.
Seterusnya persiapan dari sudut jiwa. Sudah semestinya ahli GIK meningkatkan istiqamah dan iltizam dalam melakukan ibadah – ibadah kepada Allah. Mereka yang sudah ditarbiyah, sewajarnya menjadi qudwah hasanah kepada rakan – rakan yang lain. Amalan qiammullail dan puasa sunat hendaklah dibudayakan dalam kehidupan ahli GIK. Sebenarnya, kekuatan gerakan Islam adalah apabila mereka berjaya mengalahkan nafsu yang sentiasa inginkan keseronokan. Fathi Yakan menyebut dalam bukunya Rintangan Perjuangan dalam kehidupan pendakwah, “Wahai saudara, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, niscaya Ia akan terbina pula di tanahair saudara.”
Persiapan yang terakhir adalah dari sudut gerakan. Penyusunan organisasi dari segenap peringkat hendaklah meletakkan keutamaan terhadap perjuangan Islam Pimpinan hendaklah menilai sejauh mana kekuatan gerakan supaya tindakan yang dilaksanakan sesuai dengan kapasiti yang ada. Diperingatkan kembali perjuangan Islam bukan berdasarkan atas dasar semangat tetapi perjuangan Islam didasarkan atas landasan aqidah yang sahih.
Buat akhirnya, kemenangan dalam PRK hendaklah dijadikan titik tolak kepada kegemilangan dakwah dan tarbiyah didalam kampus. Tiada gunanya kemenangan apabila ia tidak diisi. Lebih baik kalah tetapi gerakan Islam terus subur berkembang didalam kampus..

















