28 February, 2009

Beberapa Untaian Kata – kata Hikmah Tok Guru

Alhamdulillah, baru – baru ini saya berkesempatan untuk menghabiskan bacaan buku terbaru Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat, Telaga Budi yang disusun oleh Annual Bakri Bakri Haron. Buku ini agak berbeza dengan buku - buku lain, dimana ia sarat dengan kata – kata hikmah Tok Guru yang besesuaian dengan keadaan semasa dan dikatakan juga mempunyai nilai – nilai klasik sezaman yang menyentuh hati – hati yang membacanya.


Telaga Budi, menakung limpahan jasa dan budi. Telaga Budi, dituang dalam bentuk petikan hikmah yang bisa menyuburkan akal budi. Ini bukan telaga buta, tetapi Telaga Budi. Di dalamnya tertuang sejumlah kebijaksanaan dan ketinggian ilmu daripada ikon ulama tersohor di Asia Tenggara.

Disini, saya ingin berkongsi beberapa kata – kata hikmah Tok Guru yang boleh dijadikan panduan dan renungan kita bersama dalam usaha menjadi hamba – hamba yang soleh dan ikhlas dalam perjuangan.



" Orang yang bijaksana ialah,apabila dia bercakap pasti akan memberi kesan kepada pendengar. Itulah yang dimaksudkan dengan bijaksana, atau dalam bahasa al – Quran disebut sebagai ‘ al – Hakim ‘ . al – Quran bukanlah manusia,tetapi kalamullah. Walaupun dilihat sebagai tulisan, tetapi ianya terkandung kebijaksanaan, iaitu dengan
al –Quran, pembacanya akan terkesan..."

" Kita di Malaysia suka sebut Ketuanan Melayu, sebab Melayu bangsa asal. Tetapi kita lupa bahawa bumi ini adalah kepunyaan Allah.Sepatutnya,kita kena sebut ketuanan Allah...Beginilah cara berfikir orang – orang beriman..."

" Islam ajar kita, apabila manusia selalu diawasi oleh Raqib dan Atid, walaupun ada ibu bapa, guru, ustaz, polis dan askar, ada lagi Allah yang maha mengawasi. Mari kita bersama – sama besar – besarkan kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Semangatnya ialah, sekalipun polis tiada, Allah tetap ada. Tuhan sentiasa ada dan sentiasa melihat perbuatan kita...
"

"Saya takut orang yang diberi gelaran di dunia umpamanya dengan pangkat Yang Amat Berhormat, tahu – tahu di akhirat kelak,gelaran itu menjadi terbalik. Daripada al – Aziz menjadi Yang Amat Hina. Daripada Yang Amat Setia menjadi Yang Amat Derhaka. Daripada Yang Amat Arif menjadi Yang Amat Bebal lagi buta hati. Daripada Yang Amat Berbahagia jadi Yang Amat Berdukacita.
.."

" Nyawa kita diumpamakan api pelita yang pada bila – bila masa sahaja boleh padam...."

27 February, 2009

Kenaikan kadar tol,satu lagi bebanan bagi rakyat


Pengumuman Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berhubung kenaikan tol di 5 buah Lebuh Raya iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) merupakan satu lagi bebanan bagi rakyat.

Ini kerana dalam keadaan ekonomi negara berada dalam dalam tahap yang kurang memberangsangkan, kerajaan telah mengambil satu tindakan yang berani yang sudah pasti menimbulkan 1001 keresahan dan ketidakpuashatian dikalangan rakyat.

Berdasarkan undian sms yang diadakan oleh salah sebuah stesen televisyen swasta semalam menunjukkan 100% rakyat menolak kenaikan tol tersebut. Disamping itu, kenaikan kadar tol kadar tol lima lebuh raya itu antara 0.68 sen hingga 50 sen, juga ditolak oleh beberapa orang ahli parlimen samada dipihak Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat.


Selaku mahasiswa, saya berpendapat kenaikan kadar tol tersebut merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Dalam kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang, sudah pasti kenaikan kadar tol akan menimbulkan masalah yang lebih besar bagi rakyat.

Dimana kenaikan kadar tol akan mempengaruhi kenaikan harga barang dan juga kenaikan tambang bagi pengangkutan awam. Dan apa yang lebih merisaukan lagi, ditakuti kenaikan kadar tol juga mempengaruhi peningkatan kadar jenayah rompakan dan kecurian disebabkan tekanan hidup yang dihadapi.

Kerajaan seharusnya melakukan survey dikalangan rakyat apabila ingin melaksanakan sesuatu tindakan yang melibatkan kos taraf hidup rakyat. Ini bukan bermakna kerajaan perlu mengikut telunjuk rakyat sepenuhnya. Tetapi ia sebagai penghargaan kepada rakyat yang juga memainkan peranan dalam institusi pentadbiran negara.Secara tidak langsung mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.


Justeru, penangguhan kenaikan kadar tol yang di umumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu tindakan yang tepat dalam memastikan rakyat terus hidup dalam keadaan tenang dan selesa.

Mohd Khairul Hidayat Berahim
Presiden
Persatuan Mahasiswa Melaka
Universiti Malaya ( PERSAMA )

25 February, 2009

ISU – ISU PENDIDIKAN ISLAM


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al – Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat

ISU – ISU PENDIDIKAN ISLAM

1) Kurikulum gagal membentuk sahsiah diri pelajar

• Kurikulum ( manhaj ) adalah cara atau pendekatan yang digunakan oleh guru terhadap pelajarnya untuk mengembangkan pengetahuan, membentuk ketrampilan dan sikap mereka.

• Isu-isu seperti ponteng sekolah atau nakal di sekolah sudah tidak menjadi isu utama. Sebaliknya isu gangsterism, dadah, lepak dan aktiviti seks bebas sudah menular ke sekolah. Bahkan, penggunaan sistem pesanan ringkas (sms) mula menjadi alat penyebar bahan-bahan lucah di kalangan pelajar selain VCD.

• Fakta kes : Kematian adik Muhammad Farid Ibrahim pelajar Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor, Ampangan ( 2004 ) dan Kematian adik Muhd Hadzrin pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi ( 2009 )

2) Kurikulum lebih bersifat exam oriented

• Pelajar diasak mengingati fakta dan memahami sesuatu pelajaran sekadar untuk lulus peperiksaan

• Pelajar mungkin beroleh markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi mereka mempunyai akhlak dan moral yang rendah

3) Pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan

• Sesi pengajaran lebih berpusat kepada guru bukan murid. Dimana guru lebih banyak menggunakan pendekatan bersyarah/berleter dan ABM kurang digunakan

• Guru kurang mengambil kira potensi pelajar seperti yang dihasratkan dalam KBSM. Murid kurang diberi peluang mengeluar pendapat dan bersoaljawab

• Aktiviti P&P lebih berfokus kepada mengingat pengetahuan, pelajar kurang diberi peluang untuk pelajar berfikir. Secara tidak langsung menyebabkan pelajar tidak sedar apa yang dipelajari/obj. pengajaran tak jelas

4) Dualisme dalam pendidikan

• Prof. Madya Dr. Halim Mat Diah, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya mengkritik dasar pendidikan Islam di negara ini dan mempersoalkan dualisme yang diamalkan di sekolah-sekolah.

• Menurut beliau apa yang berlaku ialah kadang – kadang guru mata pelajaran Agama Islam mengatakan mendedahkan aurat adalah haram, tetapi kemudiannya masuk pula guru lain yang tidak menutup aurat. Jadi ini mungkin akan mengelirukan para pelajar.

5) Guru kurang menjiwai peranan sebagai murabbi

• Kebiasaannya tanggungjawab membentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yang perlu dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam.

• Wujud segelintir guru pendidikan Islam yang hanya berperanan didalam kelas dan sebagai penyampai maklumat sahaja. Tanpa di susuli dengan kata – kata nasihat dan peringatan

• Guru lebih mengutamakan gaji daripada mendidik pelajar

6) Pelajar Kurang Berminat

• Antara sebab pelajar kurang berminat :

a. Waktu pengajaran yang kurang sesuai ( dihujung kelas ) dan tidak mencukupi untuk pelajar lebih memahami

b. Guru hanya mengajar dari sudut teori kurang dari sudut amali

c. Kementerian Pelajaran kurang meletakkan prioriti yang tinggi terhadap subjek pendidikan Islam lebih kepada subjek Sains dan Matematik

7) Persekitaran yang tidak memberangsangkan

• Kurang kerjasama daripada guru dan ibu bapa dalam membentuk akhlak dan sahsiah diri pelajar

• Keadaan dalam kelas / sekolah berbeza dengan keadaan persekitaran diluar

• Media massa berbentuk hiburan lebih banyak mempengaruhi pelajar daripada pengajaran nilai – nilai murni dalam pendidikan Islam.

23 February, 2009

Faktor Persekitaran gagal membentuk sahsiah diri pelajar


Episod pelajar mati akibat dipukul mengulangi skrip lama yang pernah diberikan perhatian sebelum ini. Kematian adik Muhd Hadzrin pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi mengimbas kembali peristiwa hampir sama yang berlaku kepada allahyarham adik Muhammad Farid Ibrahim pelajar Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor, Ampangan yang berlaku pada tahun 2004. Peristiwa yang berlaku ini sudah pasti menimbulkan kesan yang mendalam kepada keluarga allahyarham.

Anak yang diasuh, dibelai, dijaga dan dididik didepan mata tiba – tiba menghadap panggilan illahi disebuah institusi yang dipandang mulia iaitu sekolah. Pada hari ini, sekolah yang merupakan tempat proses pembelajaran mencari ilmu bukan lagi suatu tempat yang selamat untuk pelajar – pelajar menuntut ilmu dengan selesa. Kenyataan ini bukan semata – mata untuk menuding jari sepenuhnya kepada pihak sekolah tetapi sebagai proses muhasabah untuk kebaikan bersama.

Asas pendidikan yang kolektif merangkumi empat elemen. Jika tiada salah satu ia bukan dinamakan pendidikan yang berjaya. Iaitu guru, pelajar, tempat belajar ( sekolah ) dan silibus pengajaran. Merujuk kepada isu yang berlaku, adakah salah satu daripada elemen tersebut berlaku kelompangan atau pun wujud elemen baru yang mempengaruhi tindakan pelajar untuk melakukan suatu perkara yang diluar batas – batas kemanusiaan?

Saya berpendapat, kadang – kadang diperingkat sekolah sudah berusaha sedaya upaya mungkin untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif tetapi malangnya ia dirosakkan oleh anasir luar iatu faktor persekitaran. Begitu juga dengan ibu bapa yang sudah memperlengkapkan anak – anak mereka dengan didikan agama dan akhlak yang baik tetapi ia turut dirosakkan dengan keadaan persekitaran yang amat mengharu birukan.

Antara elemen yang mewujudkan faktor persekitaran yang kurang baik adalah media massa dan budaya hidup masyarakat setempat. Media massa yang merangkumi media cetak dan elektronik dilihat lebih banyak menumpukan kepada agenda hiburan yang melalaikan daripada agenda pendidikan yang berterusan.

Manakala budaya atau gaya hidup masyarakat hari ini lebih terarah kepada budaya hidup masyarakat jahiliyah moden. Masing – masing lebih mementingkan diri sendiri daripada mengambil berat keadaan persekitaran. Yang penting dalam kehidupan mereka berjaya mengumpulkan kekayaan sebanyak mungkin tanpa mempedulikan apa yang berlaku diluar.

Golongan – golongan sedemikan akan mula cakna atau peka keadaan semasa apabila peristiwa – peristiwa yang tidak diingini berlaku kepada diri mereka dan juga kaum kerabat mereka. Selepas itu, golongan ini mula menuding jari dari satu pihak kepada satu pihak yang lain.

Masyarakat kita sepatutnya sedar setiap masalah yang berlaku didalam negara merupakan tanggungjawab bersama untuk mencari jalan penyelesaian.

Saya beranggapan sudah tiba masanya masyarakat kembali kepada ajaran agama. Setiap agama mementingkan keadilan, keselamatan dan kesejahteraan. Tiada agama yang menggalakkan berlakunya kezaliman dan penindasan.

Generasi muda pula perlu dibentuk jati diri mereka dengan pengisian – pengisian kerohanian dan bukan melalui undang – undang untuk menyedarkan mereka daripada kesilapan. Manakala pihak pemerintah perlu melipat gandakan usaha mendidik masyarakat kearah kebaikan. Pepatah arab ada menyebut, gaya ataupun budaya hidup masyarakat bergantung kepada pemimpin yang mencoraknya.

Mohd Khairul Hidayat Berahim
Presiden
Persatuan Mahasiswa Melaka
Universiti Malaya ( PERSAMA )

20 February, 2009

Kenyataan Media Speaker Dun Perak Berhubung Pengantungan Kabinet BN


Salam sejahtera. Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam.

Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan …”.

Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. Ketika Dato' Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihanraya ke 12.


Fasal itu juga memperuntukkan “hendaklah ia” yang dengan jelas merujuk kepada Menteri Besar yang ada pada masa itu iaitu Dato' Seri Nizar. Oleh itu, yang layak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan ialah Dato' Seri Nizar. Selain daripada Menteri Besar yang sedang dalam perkhidmatannya, tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan bagi maksud Fasal itu.

Sekarang timbul satu lagi masalah atau krisis perlembagaan. Saya adalah ketua legislative iaitu ketua badan perundangan negeri Perak. Persoalan mengenai hak seperti yang saya nyatakan tadi telah dirujuk kepada saya. Maka apa yang perlu saya lakukan?

Saya telah menerima aduan bersurat daripada YB Wong Kah Woh iaitu ADUN Canning Garden. Surat itu menyatakan bahawa masalah yang telah berlaku adalah in house problem, state assembly problem. Ia perlu diselesaikan di peringkat kuasa Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Oleh itu saya sebagai Ketua Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Ini adalah beban yang perlu saya pikul. Ini adalah kewajiban saya. Rakyat telah bertanya, dan banyak pihak lagi yang akan mempersoalkan saya sebagai ketua legislative. Apakah tindakan yang telah saya ambil? Maka saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa mengikut peraturan.


Apabila saya terima surat aduan daripada YB Wong Kah Woh, saya terpaksa bertindak. Saya telah membawa surat itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Jawatankuasa ini telah berbincang dan kami dapati memang wujud kes prima facie dalam isu yang dibangkitkan. Maka jawatankuasa itu telah membuat keputusan untuk memanggil YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam orang YB yang lain untuk berjumpa dengan jawatankuasa tersebut. Dalam perjumpaan yang berlangsung semalam, memang jelas bahawa tujuh ADUN itu telah melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Mesyuarat bertanggungjawab membuat satu keputusan, kerana kes ini merupakan isu yang amat serius. Demi mempertahankan badan perundangan negeri ini, kami tidak ada pilihan lain kecuali membuat satu keputusan yang terbaik untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan badan perundangan di negara kita, terutamanya negeri Perak yang kita cintai ini.


Masalah yang dibangkitkan oleh banyak pihak kepada saya ialah persoalan peruntukan manakah di dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan “orang atau pihak yang tiba-tiba mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri, boleh atau hendaklah mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mohon membentuk kerajaan”? Sebenarnya tidak ada mana-mana peruntukan yang menyatakan begitu.

Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menyatakan Menteri Besar yang sedang dalam mandat pada satu-satu masa itu, jika mendapati majoritinya dalam Dewan Undangan Negeri telah hilang, maka adalah tanggungjawabnya (Menteri Besar yang sedang dalam mandat itu) untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan dan boleh memohon supaya dewan dibubarkan.


Saya tidak mempertikaikan bahawa Tuanku mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN sekiranya sidang DUN telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perkara ini tidak dibincangkan dalam sidang DUN maka ia menjadi isu. Sekarang masalah itu terbeban ke atas saya selaku Speaker DUN apabila ada ADUN yang merujuk kepada saya. Orang ramai pun bertanya dan merujuk kepada saya. Apakah tindakan Speaker?

Kes ini adalah soal dalaman Dewan Undangan Negeri. Seperti masalah dalaman rumahtangga, ketua keluarga perlu menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah hal ehwal badan perundangan negeri yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat negeri ini.

Sebagai ketua legislative, saya perlu memberi perhatian dan menjalankan tanggungjawab saya supaya keadilan dapat ditegakkan dan kedaulatan undang-undang terjamin. Itu adalah tugas saya. Itu juga adalah tanggungjawab saya. Saya tidak bertindak melebihi bidang kuasa saya seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Saya hanya menjalankan tugas supaya kedaulatan badan perundangan negeri Perak tidak dicabuli. Itu saja.


Saya tidak berniat untuk menderhaka. Isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana kepentingan politik. Ia juga diputarbelit oleh media perdana dan kumpulan tertentu yang mahukan rakyat menghukum saya sebagai penderhaka kepada DYMM Tuanku. Tuduhan itu adalah tidak benar. Mereka cuba mempolitikkan isu ini.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang intention untuk menderhaka. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Speaker setelah mendapati perkara ini adalah perkara yang serius dan saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya.


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN bukannya menggantung YB Ahli-Ahli DUN tersebut daripada menjadi ADUN. Tidak begitu. Saya bersama Jawatankuasa itu hanya menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN. Itu saja.

Mengenai kelayakan mereka sebagai ADUN, saya tidak sentuh langsung. Tiada kenyataan saya berkenan status mereka sebagai wakil rakyat atau ADUN bagi kawasan masing-masing. Itu saja yang perlu saya beritahu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak. Apa yang saya lakukan ini adalah mengikut Fasal 16(6) Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan ianya dilakukan demi kedaulatan undang-undang supaya institusi dan badan perundangan ini tidak dicemari oleh mana-mana pihak.

19 February, 2009

Bulan Dakwah, Agenda yang perlu direalisasikan

Dakwah bermaksud gerakan yang dilancarkan untuk mengajak dan menyeru orang ramai kepada agama. Ianya adalah usaha yang dilakukan secara berterusan bagi menyampai, mengajak atau menyeru manusia untuk mengenali Islam, menerima dan menghayatinya. Perkataan dakwah itu sendiri berasal dari bahasa Arab yang memberi maksud meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung.

Memetik kata – kata Muhammad al-Ghazali yang menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program yang lengkap yang mana kesemua peringkatnya mengandungi kesemua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup bagi menyingkap jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Manakala Dr. Rauf Shalabi menerangkan bahawa dakwah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang sama ada di dunia dan di akhirat.
Inisiatif kerajaan untuk menganjurkan semula bulan dakwah setelah hampir 31 tahun ia tidak dilaksanakan merupakan satu usaha yang terpuji dan wajar mendapat sokongan dari segenap pihak. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bulan dakwah yang dianjurkan dalam masa sebulan setengah bermula 15 Feb hingga 31 Mac 2009 bertujuan untuk mengubah mentaliti masyarakat bahawa dakwah itu bukan hanya dalam bentuk ceramah, syarahan dan forum yang dianjurkan di masjid dan surau kepada satu usaha yang lebih praktikal, lebih mudah difahami dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Realiti masyarakat hari ini melihat dakwah sebagai satu program yang bermusim merupakan satu tanggapan yang negatif. Oleh itu, saya melihat bulan dakwah ini sebagai perintis untuk membumikan dakwah dikalangan masyarakat.

Golongan remaja perlu dijadikan fokus untuk memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Fenomena gejala sosial yang berlaku berleluasa terhadap remaja hari ini merupakan satu perkara yang membimbangkan semua pihak.

Baru – baru ini kita digemparkan dengan kejadian pergaduhan yang melibatkan pelajar yang hampir membawa kematian yang berlaku di negeri Selangor. Kes – kes sedemikian bukan satu perkara baru. Sebelum ini pun sudah ada kes pergaduhan pelajar yang melibatkan kematian.

Masalah pelajar yang terlibat dalam gejala seks bebas juga perlu diberi perhatian serius. Apa yang menyedihkan ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun iaitu ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua.

Pada 14 febuari yang lepas, sebuah akhbar tempatan telah mendedahkan beberapa puluh orang remaja telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana melakukan seks bebas di beberapa buah tempat pusat rekreasi dan hotel seluruh negara. Antara alasan yang diberikan konon – kononnya kerana ingin meraikan sambutan hari kekasih. Ini merupakan salah satu petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia berada dalam keadaan serius.

Justeru, saya melihat bulan dakwah ini sebagai salah satu mekanisme bagi mengurangkan kadar permasalahan gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja. Seharusnya remaja tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya atas kesalahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan. Banyak faktor lain yang membawa mereka terlibat dalam gejala tersebut. Antaranya faktor keluarga, rakan sebaya, persekitaran, dan media massa.

Sempena bulan dakwah ini, ibu bapa perlu dilibatkan sekali dalam aktiviti – aktiviti kesedaran dan tanggungjawab untuk mendidik anak – anak dengan pendidikan agama. Media massa pula perlu merancakkan lagi gelombang kesedaran untuk berdakwah kepada masyarakat Malaysia dengan menyediakan perancangan yang strategik bagi menarik minat masyarakat untuk kembali kepada agama. Program – program hiburan dan kebudayaan berbentuk kerohanian perlu diperkasakan.

Manakala pihak pentadbiran dan pemimpin negara hendaklah menunjukkan akhlak dan sikap yang terpuji kepada masyarakat. Saya amat tertarik dengan kempen senyum dan salam yang dianjurkan oleh salah sebuah agensi kerajaan di negeri Selangor. Mungkin ia boleh dicadangkan diperingkat persekutuan dalam bulan dakwah ini. Sedia maklum,salam itu bermaksud mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada orang lain.

Disamping itu, gelombang bulan dakwah ini juga boleh diperhangatkan lagi dengan edaran – edaran risalah tentang kefahaman Islam. Edaran risalah ini bukan hanya tertumpu ditempat – tempat tertentu sahaja malahan ia perlu digerakkkan secara kolektif di pasar raya – pasar raya, pusat – pusat rekreasi dan hotel – hotel diseluruh negara. Ini kerana tempat – tempat sedemikian menjadi tumpuan remaja melakukan aktiviti yang tidak bermoral.

Seterusnya saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mewujudkan sukarelawaan pendakwah terlatih ( SPT ) bagi melancarkan gerak kerja gelombang bulan dakwah. Kita perlu mengakui akan kebenaran kata – kata daripada Dr. Yusuf al – Qardawi yang menyebut sesungguhnya kewajipan yang ada lebih banyak daripada waktu yang ada.

Sewajarnya bulan dakwah ini digerakkan oleh semua pihak bermula dari golongan atasan hingga kepada golongan bawahan bagi memastikan bulan dakwah yang dijalankan ini benar – benar memberi impak yang positif kepada semua pihak .


Mohd Khairul Hidayat Berahim
Presiden
Persatuan Mahasiswa Melaka ( PERSAMA )
Universiti Malaya.

18 February, 2009

Bagaimana Proses Pentarbiyahan Dapat Membentuk Peribadi ?


1 ) Berikan Kasih Sayang

Proses pentarbiyahan diibaratkan seperti proses keibuan yang boleh dilihat di mana-mana. Seorang ibu itu merangkul bayinya, menyusukannya, bersusah payah bersengkang mata kerananya, mengucupnya dengan penuh perasaan kasih sayang yang tidak dapat disifatkan, penuh keikhlasan dan tanpa syarat (unconditional love).

Si anak juga bagai sangat-sangat mengerti perasaan si ibu; jika ada yang cuba merampasnya dari ibunya ia pastikan merengek, dia faham akan memek muka ibunya dan kenal sangat akan bau harum ibunya. Itulah dia tarbiyah; kasih sayang.

Hampir keseluruhan isi karangan kitab Imam Al-Ghazali Al-Ihya’ merupakan inti pati tarbiyah. Tidak akan berjaya sesebuah usaha tarbiyah selagi tidak terbina jambatan kasih sayang antara murabbi dan murid. Seseorang murid tidak akan memahami pengajaran guru yang tidak disukainya, sekalipun gurunya sering berkata yang benar.

Rasulullah s.a.w telah mengajar satu wasilah di mana jika kita menjadikannya pengamalan di dalam masyarakat Islam kita, pasti akan berkembang bibit-bibit kasih sayang antara masyarakat Islam; iaitu sebarkan salam. Melalui ajaran Rasulullah ini, kami mendapati bahawa tarbiah tidak memerlukan kata - kata yang banyak; hanya dengan sekadar mengucapkan “Assalamu’alaikum!”.

Mudah kan? Bagaimana seseorang manusia boleh berkasih sayang dengan saudara insannya yang lain? Beberapa saranan telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Antaranya ialah dengan bersenyum (Janganlah kamu memperkecilkan urusan sesebuah amal makruf itu, walau sekadar kamu bertemu saudara mu dengan wajah yang ceria) Allahu akbar!


Tanyakan hal ehwal saudara kamu, saling ber-tahaadii (memberi hadiah), mendoakan antara satu sama yang lain dan berkongsi sama perasaan suka dan dukanya. Semua ini adalah wasilah-wasilah yang mudah. Tidak perlukan banyak usaha dan kata-kata!

Setelah kaum muslimin menang dalam peperangan Badr Al-Kubra, orang-orang Quraisy telah berjaya menculik saiyidina Khabbab Bin Al-Arat dengan tujuan membunuhnya. Mereka mengikatnya dan ingin menyalibnya. Abu Sufyan yang pada ketika itu sebagai ketua kaum Quraisy telah bertanya kepadanya “Wahai Khabbab! Dalam keadaan mu sekarang ini, adakah kau redha kami gantikan kamu dengan Muhammad?” Menjawab Saiyidina Khabbab “Tidak! Aku tidak redha sama sekali Rasulullah disakiti walau dengan sekecil duri sekalipun!”

Itulah dia kasih sayang yang telah mengikat jiwa para sahabat r.a dengan Rasulullah s.a.w sehinggakan kaum Quraisy mengatakan “Kami tidak pernah melihat seseorang mengasihi saudaranya seperti mana para sahabat Muhammad mengasihi Muhammad!”


Rasulullah s.a.w dan saiyidina Abu Bakar r.a pernah sekali itu disakiti sewaktu mereka berada di Mekah. Mereka dipukul dan dihina sehinggakan saiyidina Abu Bakar pengsan kerana mempertahankan Rasulullah dari disakiti. Apabila beliau sedar dari pengsannya, ketika ibunya ingin memberinya sedikit minuman, beliau menolak dan berkata “Aku ingin mengetahui keadaan Rasulullah terlebih dahulu”. Ini lah dia contoh cinta sesosok peribadi yang telah ditarbiyah oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Dalam Perang Uhud, setelah kaum muslimin membawa khabar kekalahan mereka di medan perang, seorang wanita bertanyakan “Apakah kesudahan peperangan?” Mereka pun menjawab “Telah terbunuh suami mu”. Si wanita berkata “Aku tidak bertanyakan itu”. “Telah terbunuh ayah mu”. “Bukan itu yang aku tanyakan”. “ Telah terbunuh saudara lelaki mu”. “Aku tidak bertanyakan dia”. “Telah terbunuh putera mu”. Si wanita menjawab “Aku tidak bertanyakan tentang mereka semua itu. Aku ingin bertanyakan, apa khabar Rasulullah s.a.w?” Mereka pun menjawab “Rasulullah berada di dalam keadaan baik-baik saja”. Si wanita pun berkata “Alhamdulillah, semua musibah setelah (mengetahui keadaan) mu, ya Rasulullah, adalah kecil!”

Seorang lelaki berjalan ke sebuah kampung. Lalu turunlah malaikat menanyakan “Kenapa kah kamu berjalan ke kampung itu?” Beliau menjawab “Aku ingin menziarahi si fulan”. Malaikat itu terus bertanya “Adakah kau mempunyai pertalian darah dengannya?” Beliau berkata “Tidak ada. Cuma aku mengasihinya kerana Allah”. Lalu malaikat itu pun mendoakannya “Moga Allah mengasihi mu atas sebab kasih mu terhadap saudara mu itu dan Allah telah menetapkan syurga sebagai ganjaran buat mu.”

Seorang lelaki mendatangi Baginda Rasulullah s.a.w dan berkata kepada Baginda: “Ya Rasulullah! Aku ingin bersama-sama mu di syurga nanti.” Tanya Rasulullah: “Apakah yang kau siapkan untuk itu?” Katanya: “Tiada lain kecuali cinta ku kepada Allah dan RasulNya.” Bersabda Baginda: “Seseorang itu akan dibangkitkan dengan orang yang dikasihinya”.

2 ) Tunjukkan Qudwah Hasanah

Jika seorang anak mendapati ibunya tidak bersikap jujur dengannya, dia tidak akan mendengar kata ibunya. Jika seorang guru menyuruh muridnya untuk membuat sesuatu sedangkan dia sendiri tidak membuatnya, muridnya tidak akan patuh suruhannya. Seorang murid perlu mendapatkan murabbinya sebagai qudwah hasanah baginya.

Umat Islam terdahulu mendapatkan Rasulullah sebagai qudwah mereka. Seperti yang diturunkan Allah ke atas kaum muslimin ayat: “Sesungguhnya bagi kamu sekalian dalam diri Rasulullah itu sebuah uswah hasanah (contoh yang baik).”

Semua orang bertanggungjawab dalam usaha tarbiyah perlu menjadi qudwah hasanah bagi orang-orang yang ditarbiyahnya. Suatu hari, ketika cuaca panas terik di kota Madinah, Rasulullah keluar dari rumahnya. Dalam perjalanan, Baginda bertemu dengan sahabatnya saiyidina Abu Bakar dan saiyidina Umar.

Baginda pun bertanya: “Apakah yang membuatkan kamu keluar dari rumah mu?” Jawab mereka: “Kami tidak keluar dari rumah kami kecuali kerana sudah terlalu kelaparan, ya Rasulullah!” sambil menyelak baju mereka dan sebiji batu diikat di tengah-tengah perut masing-masing. Lalu Rasulullah menyelak jubahnya dan 2 biji batu diikat di perut Baginda yang sedang meronta kelaparan.


Para sahabat pernah meriwayatkan bahawa mereka selalu berlindung di belakang tubuh sasa Rasulullah ketika peperangan semakin sengit. Rasulullah ketika membahagi-bahagikan tugas kepada para sahabatnya sewaktu mengorek lubang parit, berkata “Dan aku pula akan mengumpulkan kayu-kayu arang.”, yang merupakan bahagian tugas yang paling susah ketika itu.

Kebiasaan saiyidina Umar Bin Khattab ketika menyandang jawatan sebagai Amirul Mukminin, setelah selesai memberi arahan di atas mimbar, beliau akan terus pulang ke rumah dan memberitahu ahli keluarganya: “Aku telah memberi arahan kepada kaum muslimin. Nah! Sekarang orang semua pasti akan melihat kepada kelakuan keluarga Umar.” Jadi, bagi sesiapa yang ingin mentarbiyah, perlu menunjukkan contoh yang baik. Jika tidak, dia akan menjadi bencana kepada dakwah yang dijalankannya.

3 ) Mengembangkan Potensi

Ketika Rasulullah bertemu dengan saiyidina Abdullah Bin Mas’ud (yang ketika itu sedang menggembala kambing) buat pertama kali dan setelah Baginda bertanyakan kepadanya beberapa soalan, beliau pun berkata

“Sesungguhnya kau adalah pemuda yang sangat bijak.”

Rasulullah telah membongkar potensi-potensi Abdullah Bin Mas’ud hanya dengan beberapa soalan yang diajukan. Abdullah Bin Mas’ud kemudian itu - dan dengan berkat doa Baginda Rasulullah - telah menjadi salah seorang Imam dan Ulama bagi kaum muslimin. Itulah dia tugas seorang murabbi.


Rasulullah s.a.w telah mengenal pasti potensi para sahabatnya dan selalu menggalakkan mereka mengembangkan potensi masing-masing dengan memberi gelaran-gelaran kepada sahabatnya seperti Abu Bakar As-Siddig (yang selalu membenarkan), Umar Al-Faruq (yang membezakan antara yang hak dan yang batil), Abu ‘Ubaidah Amin Al-Ummah (pengamanah umat), Khalid Bin Walid Saifullah (Pedang Allah).

Baginda mengenal potensi mereka. Jika potensi-potensi tepat pada orang yang memilikinya dan dipelihara sungguh-sungguh, akan membuahkan hasil yang sangat baik. Tidak wajar bagi murabbi memberi gelaran yang tidak sesuai dengan keperibadian muridnya.


Pengenalan ini Rasulullah dapatkan kerana baginda sebagai seorang murabbi sering berkumpul dengan para sahabatnya, makan minum bersama mereka, berbual-bual dengan mereka, berlumba dengan mereka dan memahami perwatakan masing-masing keperibadian sahabat-sahabatnya. Ini adalah hasil at-ta’aamul (pergaulan).

Jika seorang ibu hanya sempat melihat anaknya 2 jam setiap hari (kerana kesibukan bekerja di luar rumah) dan si anak menghabiskan baki masa yang lain dengan si pembantu rumah, adakah si anak akan dapat mengembangkan rasa kasihnya pada ibunya, mengambil qudwah hasanah dari ibunya?

Jika seorang guru hanya bergaul dengan muridnya sewaktu berada di antara empat dinding bilik kuliah, bagaimana si murid boleh mengambil qudwah darinya? Perlu ditekankan di sini, jika perasaan kasih sayang itu ingin dibina, maka perlu menjalani proses at-ta’aamul itu.


4 ) Mengambil berat

Apabila seorang mendatangi saiyidina Abdullah bin Abbas di masjid pada ketika itu beliau sedang beriktikaf di Masjid Nabi, orang itu meminta beliau menunaikan sebahagian hajatnya, maka saiyidina Abdullah bin Abbas mencapai capalnya dan ingin keluar dari ibadah iktikafnya. Saat itu, beliau ditegur oleh beberapa orang yang mengatakan

“Wahai Abdullah! Tidakkah kamu ingat bahawa kamu sedang beriktikaf di Masjid Nabi?” Beliau pun menjawab “Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah pernah bersabda: “Barang siapa yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya, maka itu adalah terlebih baik dari beriktikaf di masjid ku selama sebulan.”


Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitab Al-Ihya’: “Adalah merupakan kewajipan seorang murabbi untuk mengambil tahu hal ehwal murid-muridnya; rumahnya, rezekinya, tugasnya dan keperluan-keperluannya. Seorang murabbi perlu membantu muridnya dari sudut material hingga dia akan dapat memenangi hati muridnya dan terus membawanya berjalan ke jalan Allah.”

Imam Sa’id Bin Al-Musayyab bertanyakan berita muridnya yang telah tidak menghadiri kuliah ilmunya selama 2 hari. Apabila muridnya ditanya, dia menjawab ringkas “Isteri ku telah wafat”. Si imam pun berkata kepadanya dengan perasaan penuh tanggungjawab “Akan ku kahwinkan mu dengan puteri ku” yang pada ketika itu pernah dipinang oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Sesebuah proses tarbyiah perlu kepada 4 komponen asas ini, iaitu; Murabbi, Murid, Manhaj dan Bi’ah Solehah (suasana yang baik). Dalam konteks dakwah semasa, biasanya kita tidak menghadapi masalah di dalam mendapatkan 3 komponen yang terakhir, tetapi masalah selalu timbul apabila kita cuba mendapatkan sebuah sosok peribadi murabbi yang baik. Jika kita ingin berkhidmat kepada dakwah Islamiah dengan baik, kita perlu mewujudkan sosok-sosok peribadi murabbi yang baik. Bagaimana kita mewujudkan mereka ini?

Jika kita singkap kembali keadaan umat Islam pada zaman sekarang ini, sekali imbas kita akan mendapati bahawa umat Islam sedang dalam keadaan yang lemah, wilayah-wilayahnya ditawan, Al-Aqsa masih lagi di dalam genggaman musuh.

Pernah satu ketika, dua orang tokoh Islam berjumpa, mereka ialah Imam Al-Ghazali dan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Mereka membincangkan bagaimana menyelamatkan keadaan ummah yang sedang tenat pada ketika itu. Akhir sekali, mereka sama-sama bersetuju untuk mengasaskan Madrasah An-Nizamiah (pada ketika itu) dan menjalankan tarbiyah yang sangat berkesan sehingga dapat melahirkan tentera yang dianggotai oleh panglima-panglima Islam seperti ‘Imaduddin Zinkiy dan Salahuddin Al-Ayyubi.

Apabila diperiksa aktiviti askar-askar tersebut di waktu malam, mereka didapati sedang bersolat malam, bertilawah Al-Quran atau bermunajat kepada Allah taala, lalu berkata lah panglima perang: “Sesungguhnya tentera seperti ini tidak akan kalah sama sekali.”


Maka jelaslah bagi para pembaca sekalian, bahawa isu kemenangan umat Islam bukanlah satu isu yang rumit tetapi, persoalan yang lebih penting dari itu bagaimana kita mewujudkan barisan murabbi dan individu-individu muslim yang bersedia untuk ditarbiyah atas petunjuk Allah taala.

Sesungguhnya tarbiyah memerlukan kepada roh. Jika roh tarbiyah hilang, maka semua usaha tarbiyah tidak akan memberi kesan dan tidak akan dapat membuahkan hasil yang baik. Saiyidina Ali k.w ketika sudah menyandang jawatan khalifah bertanya kepada para sahabat

“Apakah angan-angan kamu semua?” Ada yang menjawab: “Aku berangan-angan jika aku bisa mempunyai harta yang banyak maka akan ku-infaq-kan di jalan Allah”. Namun apabila beliau ditanya “Apakah yang kau cita-citakan, wahai Amirul Mukminin?” Beliau menjawab “Aku bercita-cita jika aku mempunyai orang-orang seperti Abu Bakar, Umar, Abu ‘Ubaidah, Khalid sehingga aku boleh membuka kota-kota dengan orang-orang seperti mereka ini”

16 February, 2009

Tuanku Mizan: Jangan wujudkan undang-undang canggah Perlembagaan


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan.

"Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara.


"Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini.


Tuanku Mizan turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.


Baginda juga bertitah, hak-hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati.

Seri Paduka turut menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang," titah baginda.

13 February, 2009

Siapa Sebenarnya Penderhaka Sultan ?( Maklumat yang tiada dalam TV3 dan RTM )


1. Siapa yang promosikan: orang Melayu perlu tahu kurang ajar:
2. Dulu Agong boleh pilih untuk tidak restu pindaan perlembagaan, tapi dalam tahun 1983, artikel 66 perlembagaan persekutuan telah dipinda. Agung sign ke, tak sign ke terus jadi undang undang. Maknanya kuasa veto istana telah direntap. Siapa punya angkara?
3. Malaysia: Tahun 1993, artikel 32,38,42,63,72,181 perlembagaan Malaysia telah dipinda yang menyebabkan raja raja Melayu hilang kekebalan dan membolehkan mereka didakwa di mahkamah. Siapa punya kerja?
4. Kelantan : 28 April 1993, Tengku Ibrahim telah secara salah ditabal sebagai sultan Kelantan. Ini jelas satu usaha jahat, derhaka dan menghina Sultan Kelantan serta menghina institusi raja raja. Siapa buat kerja ini?
5. Semasa zaman semangat 46, apabila sultan tidak mahu diheret sama dalam kancah politik, ada jongos menjerit: biar saya derhaka! siapa tu?
6. Kelantan : Seorang bekas menteri besar kelantan pernah berarak menuntut Sultan Kelantan turun tahta. Puak mana yang kurang hajar tu?
7. Perak: 1974, menteri besar Perak pada masa itu tidak mahu akur dengan perintah Sultan Idris. Siapa yang derhaka tu?
8. N.Sembilan : Standard -Chartered Bank saman Almarhum Yang DiPertuan Negeri Sembilan. Siapa yang ajar tu?
9. Terengganu : Selepas piliharanraya Mac 2008, Sultan Terengganu dinista dengan kata kata kami nak idris, natang! Siapa punya kerja tu?
10. Perlis : Di Perlis pun pada masa yang hampir sama Sultan Perlis dinista. Siapa punya kerja?

Jom kita berdemo!!!
JAWAPANNYA : U.M.N.O
Ihsan: http://hamirdin.blogspot.com/

12 February, 2009

97 peratus rakyat Perak mahu DUN dibubarkan- Kajian Universiti Malaya


Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula. Sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka 'meraikan' demokrasi.

.Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.

"Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.

"Dun Perak sekarang ini dianggap sebagai telah 'mati'. Kedua-dua pihak mempunyai ruang dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan apa keadaan sekalipun. Sebagaimana dilihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan, maka sekaligus SPR menggunakan ruang pilihan raya ini untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negeri Perak dengan andaian kedudukan Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah.

Sementara itu beliau berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai 'kewartawanan sukarelawan' akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.

Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

"Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional. Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.

" Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah," tegasnya.

Sehubungan itu beliau tidak meragui bahawa media baru ini akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.

10 February, 2009

Politik ala gangsterisme wajib dihapuskan


Semalam anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Selambau V.Arumugam disahkan meletakkan kedua-dua jawatannya iaitu sebagai wakil rakyat kawasan itu dan Anggota Exco Kerajaan Negeri. Perkara ini telah disahkan oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah.

Susulan daripada perletakan jawatan beliau, kemungkinan besar satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh masa 60 hari selepas speaker Dewan Undangan Negeri memaklumkan mengenai peletakan jawatan Adun itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPR mengesahkannya.

Menurut kenyataan V.Arumugam yang turut diedarkan kepada media menyatakan antara sebab beliau meletakkan jawatan kerana tertekan dengan ugutan dan ancaman yang dikenakan kepada beliau dan keluarga. Antaranya insiden memecahkan cermin kereta Exco jenis Proton Perdana dan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul batu pada 17 Disember 2008. Beliau juga mendakwa terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

Selaku mahasiswa yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, saya amat berdukacita dengan tindakan ala gangsterisme yang dikenakan kepada Adun Bukit Selambau tersebut. Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) dapat membuat siasatan dan satu tindakan yang serius dapat dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Dalam keadaan masyakat Malaysia yang hidup aman dan damai, saya merasakan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Peristiwa ini memberikan gambaran yang negatif kepada mahasiswa yang selepas ini akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Lebih malang lagi, tindakan ala gangsterime tersebut akan mencemarkan imej baik negara di mata dunia.

Justeru, saya mengutuk sekeras – kerasnya politik ala gangsterisme dan mengharapkan semua pihak dapat bekerjasama bagi menghapuskan gejala jenayah tersebut. Semoga negara kita yang amat di cintai bebas daripada jenayah politik ala gangsterime.

Mohd Khairul Hidayat Berahim
Presiden
Persatuan Mahasiswa Melaka
Universiti Malaya ( PERSAMA )

09 February, 2009

Bersedia untuk satu lagi Pilihanraya Kecil P056 Bukit Gantang

Al-Fatihah kepada Allahyarham Ahli Parlimen (P-059) Bukit Gantang, Ustaz Roslan bin Shaharum (PAS) yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.


Allahyarham dikatakan meninggal dunia di Batu Gajah akibat serangan sakit jantung. Mengikut maklumat yang diperolehi beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah.

Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.- Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang – orang yang beriman dan beramal soleh - AMIN



KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE-12


P059 BUKIT GANTANG

Roslan bin Shaharum ( PAS ) 20,015
Abdul Azim bin Mohd Zabidi ( BN )18,449
Mohganan A/l P.manikam ( BEBAS ) 872
Majoriti 1,566

N13 KUALA SEPETANG

See Tean Seng (BN) 6721
Tai Sing Ng (PKR) 7285
Majoriti 564

N14 CHANGKAT JERING

Datuk Mat Isa Ismail (BN) 8309
Mohd. Osman Mohd Jailu (BEBAS) 9411- PENGKHIANAT RAKYAT
Majoriti 1102

N15 TRONG

Nor Azli Musa (PAS) 3296
Datuk Rosli Husin (BN) 4212
Majoriti 916

Semoga rakyat Perak khususnya pengundi P059 Parlimen Bukit Gantang dapat membuat keputusan yang tepat seterusnya menundukkan keangkuhan kerajaan altantuya BeeEnd.

Sejauh mana buku teks berperanan kepada pelajar


Buku teks bermaksud buku asas yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, buku teks juga memperincikan kehendak sukatan atau kurikulum pelajaran. Kebiasaan buku teks digubal dan dinilai oleh pakar – pakar yang dilantik oleh pihak kerajaan bagi memastikan keabsahan isi kandungan buku teks tersebut. Justeru, buku teks dilihat sebagai mekanisme terpenting dalam menjayakan sesuatu pengajaran.

Namun realiti semasa hari ini menuntut supaya buku teks diberikan penjenamaan semula bagi memastikan buku teks terus relevan dikalangan warga pendidik dan para pelajar yang boleh dikatakan semakin maju dari sudut pemikiran. Lebih – lebih lagi di era globalisasi ini, dimana para pelajar boleh mendapatkan maklumat tentang isi kandungan sesuatu pelajaran dengan melalui sebuah komputer sahaja.


Sebelum ini timbul isu yang mengatakan beberapa fakta dalam buku teks perlu dinilai semula dari sudut kesahihan dan kesesuaian dengan peredaran zaman. Ini dikuatkan lagi dengan pandangan tokoh sejarawan negara, Prof Datuk Dr Khoo Kay Kim yang mengatakan penelitiannya terhadap buku teks yang digunakan di sekolah menengah terdapat banyak kesilapan fakta yang mesti diperbetulkan bagi memastikan pelajar mendapat maklumat yang tepat.


Beliau juga menambah bahawa gaya penulisan buku teks sejarah gagal menerangkan sesuatu peristiwa secara terperinci.

Tindakan susulan daripada isu yang ditimbulkan, saya beranggapan kementerian pelajaran telah bertindak dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi mengawal mutu kandungan buku teks yang dikeluarkan. Selaras dengan hasrat kementerian yang ingin membangunkan sistem pendidikan negara yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.


Selepas itu kita dikejutkan pula dengan kajian yang dilakukan di kalangan 170 guru di sekitar Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, Labuan dan beberapa daerah di Selangor mendapati kebanyakan guru memilih tidak menggunakan buku teks sekiranya ada pilihan lain. Kira-kira 65 peratus mendapati buku teks kurang membantu, manakala 56 peratus menyatakan menggunakan buku teks kerana terpaksa mematuhi arahan kementerian. Ini dikatakan berpunca daripada isi kandungan buku teks yang tidak selari dengan perkembangan semasa menjadikannya tidak selari dengan kehendak dalam kertas peperiksaan, berbanding buku latihan.


Sengaja saya bangkitkan semula isu – isu yang melibatkan buku teks agar kita dapat melihat secara keseluruhan permasalahan yang berlaku pada hari ini. Oleh itu, bukan suatu perkara yang pelik apabila dikatakan para pelajar sekarang tidak membawa buku teks ke sekolah. Keengganan mereka membawa buku teks bukan saja menyukarkan pembelajaran di sekolah malah buku tersebut juga tidak digunakan untuk rujukan di rumah.


Bagi pandangan saya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan para pelajar tidak membawa buku teks ke sekolah. Antaranya buku teks itu sendiri jarang digunakan oleh para guru untuk dijadikan bahan pengajaran. Guru lebih berminat menggunakan buku latihan sedia ada yang lebih berfokus kepada peperiksaan. Ini telah terbukti berdasarkan kajian yang dibuat sebelum ini.


Disamping itu, isi kandungan buku teks hendaklah lebih bersifat interaktif agar dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku teks sebagai rujukan terpenting. Walaupun pada asasnya buku teks itu lebih bersifat kepada fakta dan maklumat pengetahuan semata – mata. Fakta dan maklumat hendaklah diselang – selikan dengan latihan semasa bagi menyegarkan kembali isi kandungan buku teks.


Seterusnya kementerian pelajaran hendaklah memberikan penjenamaan semula buku teks dari sudut teknikal sepeti saiz buku teks janganlah terlalu tebal dan berat, kulit depan buku teks hendaklah bersifat remaja sesuai dengan jiwa pelajar dan warna buku teks itu juga berperanan menarik minat pelajar.


Walaubagaimana pun, bagi saya perkara yang penting dalam menarik minat pelajar menggunakan buku teks adalah penekanan diperingkat guru itu sendiri. Guru hendaklah sentiasa mengingatkan pelajar akan tujuan sebenar belajar bukan sekadar semata – mata untuk menjawab dalam peperiksaan.

Sedia maklum, buku teks adalah buku asas yang mengandungi fakta – fakta penting dalam sesuatu pengajaran.
Justeru, ia memerlukan iltizam dan kesungguhan dikalangan pelajar untuk membacanya walaupun kadang – kadang maklumat dalam buku teks tersebut tidak diuji dalam peperiksaan.

Guru – guru juga perlu sentiasa mendekatkan atau membiasakan diri pelajar dengan buku teks dengan mengadakan latihan – latihan dan kuiz berdasarkan buku teks. Kempen sayangi buku teks juga boleh diadakan diperingkat sekolah dalam proses menyedarkan pelajar akan betapa pentingnya buku teks dalam pembelajaran.


Mohd Khairul Hidayat Berahim

Presiden

Persatuan Mahasiswa Melaka
Universiti Malaya ( PERSAMA )

07 February, 2009

Suhakam: Cara tubuh kerajaan baru BN bermasalah


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.


Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).


"Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui," tambahnya.

Menurutnya, bersempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas.

"Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media.

"Juga terdapat dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi," katanya. Bagaimanapun, Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru-baru ini.

Ulasan: Sebenarnya BN takut berhadapan dengan Kuasa Rakyat selepas mereka kalah dalam dua PRK. Mereka menggunakan Sultan untuk menghalalkan matlamat mereka. Sebelum ini,sultan mengatakan mereka merupakan golongan non-partisan dalam politik.Tetapi terbukti sudah Sultan terlibat sama dalam politik. Jika sultan benar - benar tidak terlibat dengan politik, ayuh bubarkan DUN untuk melihat kestabilan pentadbiran negeri. Alasan mengatakan ia pembaziran merupakan alasan yang dangkal. Saya yakin kerajaan BN ( bukan kerajaan rakyat ) pasti tidak akan stabil juga, akhirnya rakyat menjadi mangsa.

06 February, 2009

Surat YB Nizar kepada Sultan, sebab tidak letak jawatan


5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum
Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin
Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

05 February, 2009

Serah Urusan Bubar Dun Kepada Allah SWT- Dato' Seri Nizar


YAB MB menyerahkan isu pembubaran DUN Perak kepada Allah swt. setelah berusaha dengan berbagai cara yang betul mengikut lunas undang-undang dan syarak. Selain itu beliau menyeru seluruh rakyat solat hajat dan berdoa kepada Allah swt. memohon supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak diselamatkan. Sehingga berita ini ditulis, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kelihatan begitu ramai berkumpul di sekitar rumah MB. Beliau menasihati orang ramai supaya bertenang, tidak menimbulkan kekacauan, provokasi dan tidak melanggar batas undang-undang. Serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan menyelesaikan kemelut ini.

Difahamkan, Agen-agen BN telah memperdaya ADUN Bota yang membawanya keluar dari kediaman kononnya Raja Muda ingin bertemu. Sepatutnya malam itu, beliau bersama semua ADUN Pakatan Rakyat berada di rumah MB. Rupanya beliau dibawa ke Putrajaya dengan kawalan yang sangat ketat. Menurut isterinya yang menceritakan kepada pimpinan PKR Perak sambil menangis terisak-isak, suaminya dipaksa untuk menyertai semula BN. Beliau sempat menghantar mesej pada suaminya dengan mengingatkan supaya jangan menjadi pengkhianat, tetapi mesej tersebut tidak berjawab. Kediamannya di Ipoh dikawal dengan ketat oleh orang-orang yang tidak dikenali. Peringkat awal, rumah mereka dikawal oleh petugas-petugas PKR. Oleh kerana ramainya orang-orang yang tidak dikenali menceroboh masuk ke halamannya rumahnya, petugas-petugas PKR terpaksa mengundur diri kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Isteri ADUN Bota

Sementara itu, solat hajat dan munajat perdana yang sepatutnya diadakan di Kuala Kangsar berpindah ke kediaman MB. Difahamkan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pusat akan turut hadir.


Dalam keresahan menunggu perkenan Tuanku, YAB MB, Ahli EXCO dan ADUN-ADUN yang berkumpul di kediaman MB masih boleh tersenyum melayani orang ramai dan para wartawan. Dan mengajak semua yang ada di kediamannya menyerahkan urusan itu kepada Allah swt. Beliau sempat memberitahu, sewaktu melangkah keluar dari pintu Istana, Baginda Tuanku berpesan kepada MB dengan membaca petikan ayat Quran yang berbunyi "Innallaha ma'assobirin", semuga ayat yang dibaca oleh Tuanku itu menjadi petunjuk ke arah kebenaran dan kemenangan.


Misbahul Munir Masduki

Setiausaha Politik MB Perak

04 February, 2009

Analisa Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak



KEPUTUSAN PRU KE-12, DUN Negeri Perak 2008


Fakta analisis Pilihan raya Umum ke-12 pada 13 Mac 2008 bagi Negeri Perak.

DUN

Pakatan Rakyat : 31 ( DAP 18, PKR 7, 6 )
Barisan Nasional : 28

Pecahan Kaum :
Pakatan Rakyat : Melayu 9, Cina 16, India 6
Barisan Nasional : Melayu 27, Cina 1


P054 GERIK

N01 Pengkalan Hulu
(M-73.9%, C-11.3%, I-1.9%, L- 1.8%)
Dato' Seri Mohd Tajul Rosli (BN) 6769
Lee Sing Long (PKR) 2124
Majoriti 4645

N02 Temengor
(M-73%, C-23.2%, I-2.9%, L- 0.6%)
Datuk Hasbullah Awang (BN) 7578
Moon Akau (PKR) 2961
Majoriti 4617

P055 LENGGONG

N03 Kenering
(M-84.1%, C-14.6%, I-1.6%, L- 0.1%)
Datuk Muhd Tarmizi Idris (BN) 6134
Mohd Sukri Ahmad (PAS) 3336
Majoriti 2798

N04 Kota Tampan
(M-78.6%, C-18.7%, I-2.6%, L- 0.1%)
Datuk Saarani Mohamad (BN) 4963
Hamzah Mohd. Zain (PKR) 2628.
Majoriti 2335

P056 LARUT

N05 Selama
(M-83.5%, C-10.0%, I-6.3%, L- 0.1%)
Datuk Mohd Daud Mohd Yusoff (BN) 5240
Abu Husin Mohamad (PAS) 4885
Majoriti 355

N06 Kubu Gajah
Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin (BN) 4114
Mohd. Nazri Din (PAS) 4048
Majoriti 66

N07 Batu Kurau
Kapt( Datuk Md. Najmudin Elias (BN) 7023
Hamid Ali (PKR) 4584
….Majoriti 2439

P057 PARIT BUNTAR

N08 Titi Serong
Dr. Khalil Idham Lim (PAS) 10012
Abu Bakar Mat Ali (BN) 8863
….Majoriti 1149

N09 Kuala Kurau
Mohd Salleh Mat Disa (BN) 7757
Abdul Yunus Jamahari (PKR) 8224
….Majoriti 467

P058 BAGAN SERAI

N10 Alor Pongsu
Sham Mat Sahat (BN) 5585
Md. Nasir Rahim (PKR) 5490
….Majoriti 95

N11 Gunong Semanggol
Abd. Muhaimin Abd Rahman (BN) 4889
Ramli Tusin (PAS) 6959
….Majoriti 2070

N12 Selinsing
Datuk Zaili Cha (BN) 5602
Husin Din (PAS) 6149
….Majoriti 547

P059 BUKIT GANTANG

N13 Kuala Sepetang
See Tean Seng (BN) 6721
Tai Sing Ng (PKR) 7285
....Majoriti 564

N14 Changkat Jering
Datuk Mat Isa Ismail (BN) 8309
Mohd. Osman Mohd Jailu (PKR) 9411
....Majoriti 1102

N15 Trong
Nor Azli Musa (PAS) 3296
Datuk Rosli Husin (BN) 4212
....Majoriti 916

P060 TAIPING

N16 Kamunting
Mohamed Zahir Khalid (BN) 7975
Muhamad Apardi Shaari (PAS) 7420
....Majoriti 555

N17 Pokok Asam
Yee Seu Kai (DAP) 7574
Datuk Ho Cheng Hoe (BN) 6709
....Majoriti 865
N18 Aulong

Ong Teng Boon (BN) 6552
Yew Tian Hoe (DAP) 9360
....Majoriti 2808

P061 PADANG RENGAS

N19 Chenderoh
Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN) 4858
Mohamad Yassin Mohamed Yusof 3819
....Majoriti 1039

N20 Lubuk Merbau
Datuk Jamal Nasir Rasdi (BN) 4592
Mohd. Zainudin Mohd. Yusof (PAS) 4664
....Majoriti 72

P062 SUNGAI SIPUT

N21 Lintang
Mohd Aun Yob Abas (PKR) 6690
Datuk Ahamad Pakeh Adam (BN) 8066
....Majoriti 1376

N22 Jalong
Cheah Chee Kuan (BN) 6065
Leong Mee Meng (DAP) 11560
....Majoriti 5495

P063 TAMBUN

N23 Manjoi
Zulkurnain Ibrahim (PAS) 14456
Datuk Nadzri Ismail (BN) 14804
....Majoriti 348

N24 Hulu Kinta
Datuk Rusnah Kassim (BN) 13057
A.Ayyathurai (PKR) 7825
M. Sathiya Seelan (Bebas) 360
...Majoriti 5232

P064 IPOH TIMUR

N25 Canning
Wong Kah Who (DAP) 13923
Vincent Hooi Wy Hon (BN) 8257
....Majoriti 5666

N26 Tebing Tinggi
Datuk Chew Wai Khoon (BN) 4682
Ong Boon Piow (DAP) 7197
....Majoriti 2515

N27 Pasir Pinji
Khoo Boon Chuan (BN) 6187
Su Keong Siong (DAP) 12526
....Majoriti 6339

P065 IPOH BARAT

N28 Bercham
Gooi Seng Teik (BN) 6836
Sum Cheok Leng (DAP) 12848
....Majoriti 6010

N29 Kepayang
Datuk Tan Chin Meng (BN) 7062
Loke Chee Yan (DAP) 7552
....Majoriti 490

N30 Buntung
Lee Tung Lai (BN) 4996
Sivasubramaniam Athinara (DAP) 10311
....Majoriti 5315

P066 BATU GAJAH

N31 Jelapang
Hee Yit Soong (DAP) 12219
Loh Koi Pin (BN) 5512
M. Saraswathy (Bebas) 1275
....Majoriti 6707

N32 Menglembu
Christina Teoh Ai Ling (BN) 6782
Lim Pek Har (DAP) 13305
....Majoriti 6523
N33 Tronoh

Lee Kim Choy (BN) 6731
Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP) 9302
....Majoriti 2571

P067 KUALA KANGSAR

N34 Bukit Chandan
Datuk Wan Khairil Anuar Ahmad (BN) 5850
Zulkifly Ibrahim (PKR) 4156
....Majoriti 1694

N35 Manong
Mohd Yazid Yeop Bahrudin (PAS) 5391
Datuk Ramly Zahari (BN) 4642
....Majoriti 749

P068 BERUAS

N36 Pengkalan Baru
Datuk Hamdi Abu Bakar (BN) 5375
Abu Bakar Hussain (PAS) 5361
....Majoriti 14

N37 Pantai Remis
Nga Kor Ming (DAP) 12188
Ooi Jing Ting (BN) 7112
....Majoriti 5076

P069 PARIT

N38 Belanja
Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan (BN) 5479
Muhamad Ismi Mat Taib (PAS) 3592
....Majoriti 1887

N39 Bota
Datuk Nasaruddin Hashim (BN) 6556
Usaili Alias (PKR) 4488
....Majoriti 2068

P070 KAMPAR

N40 Malim Nawar
Dr. Chai Song Poh (BN) 6439
Keshvinder Singh (DAP) 7801
....Majoriti 1362

N41 Keranji
Chen Fook Chye (DAP) 8459
Chun Mun Wah (BN) 4024
....Majoriti 4435

N42 Tualang Sekah
Nolee Ashilin Mohamed Radzi (BN) 6366
M.Nadarajah (PKR) 4797
....Majoriti 1569

P071GOPENG

N43 Sungai Rapat
Hamidah Osman (BN) 10635
Radzi Zainon (PAS) 9999
....Majoriti 636

N44 Simpang Pulai
Chan Chin Chee (BN) 7606
Chan Ming Kai (PKR) 10992
....Majoriti 3386

N45 Teja
Yew Sau Kham (BN) 6358
Chang Lih Kang (PKR) 6533
....Majoriti 175

P072 TAPAH

N46 Chenderiang
Mah Hang Soon (BN) 7451
M.S Arjunan (PKR) 4059
....Majoriti 3392

N47 Ayer Kuning
Datuk Samsudin Abu Hassan (BN) 8628
Dr. Ahmad Razi Othman (PAS) 5376
....Majoriti 3252

P073 PASIR SALAK

N48 Sungai Manik
Mustaffa Kamil Ayub (PKR) 8255
Zainol Padzi Paharudin (BN) 6881
....Majoriti 1354

N49 Kampong Gajah
Dr Wan Norashikin Nordin (BN) 8818
Mustafa Shaari (PAS) 7402
....Majoriti 1416

P074 LUMUT

N50 Sitiawan
Ngeh Koo Ham (DAP) 12381
Ding Siew Chee (BN) 3852
....Majoriti 8529

N51 Pasir Panjang
Dr. S.Vasan (BN) 7520
Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) 11994
....Majoriti 4474

N52 Pangkor
Datuk Dr.Zamri Abd Kadir (BN) 10906
Pkhrazi @ Pakhrazi Muda (PKR) 5121
....Majoriti 5785

P075 BAGAN DATOH

N53 Rungkup
Shaarani Mohamad (BN) 4984
Mohd Misbahul Munir Masduki (PAS) 4530
....Majoriti 454

N54 Hutan Melintang
S.Thangasvari (BN) 6083
S.Kesavan (PKR) 7804
....Majoriti 1721

P076 TELOK INTAN

N55 Pasir Bedamar
Lee Heng (BN) 5741
Seah Leong Peng (DAP) 13655
....Majoriti 7914

N56 Changkat Jong
Mohd Anuar Sudin (PAS) 8705
Datuk Idris Hashim (BN) 7806
....Majoriti 899

P077 TANJONG MALIM

N57 Sungkai
A.Sivanesan (DAP) 6323
Datuk S. Veerasingam (BN) 4869
....Majoriti 1454

N58 Slim
Datuk Mohd Khusairi Abd Taib (BN) 8233
Zulqarnain hassan (PAS) 4707
....Majoriti 3526

N59 Behrang
Jamaludin Mohd Radzi (PKR) 6771
Datuk M.Ramasamy (BN) 5744
....Majoriti 1027

Sikap sabar dan beradab dijalan raya mampu mengurangkan kadar kemalangan


Isu keselamatan jalan raya merupakan suatu isu yang sering diperbincangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat bermula daripada mereka yang berjawatan tinggi hingga kepada mereka yang berjawatan rendah. Ia menjadi semakin hangat apabila tiba musim - musim perayaan.

Agensi – agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia ( JKJR ), dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya ( JPJ ) mula memperhebatkan kempen – kempen kesedaran bagi mencegah kemalangan daripada berlaku. Media massa juga tidak ketinggalan memainkan peranan melalui iklan – iklan bagi memperingatkan pengguna tentang langkah – langkah keselamatan semasa berada dijalan raya. Boleh dikatakan hampir semua peringkat memainkan peranan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Namun apa yang menyedihkan,kemalangan jalan raya terus meningkat dari setiap tahun ke tahun. Berdasarkan statistik Ops Sikap ke-19 yang dikeluarkan oleh PDRM menunjukkan angka korban meningkat sebanyak 10.4 peratus berbanding Ops Sikap yang dijalankan pada musim yang sama pada tahun 2008.

Dari analisa statistik yang dikeluarkan, seolah – olah filem lama yang diulang tayang semula dimana penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi menjadi korban terbesar di jalan raya dengan 72 peratus atau 152 orang, diikuti dengan pemandu dan penumpang kereta yang mencatatkan 29 kematian atau 14 peratus. Manakala pejalan kaki pula menyaksikan seramai 14 terkorban, lori (5), penunggang basikal (4), jeep (3), van (2) dan masing-masing satu kematian melibatkan bas, teksi dan lain-lain kenderaan.

Saya menjangkakan Ops sikap ini akan terus dilaksanakan lagi pada tahun hadapan dan kemalangan jalanraya terus meningkat. Bagi pandangan saya apa yang perlu diberi perhatian oleh pihak – pihak yang terlibat dan kerajaan adalah usaha – usaha untuk mendidik rakyat menjadi lebih sabar dan beradab semasa berada dijalanraya. Berdasarkan kajian – kajian lepas menunjukkan hampir 95 peratus kemalangan yang berlaku disebabkan sikap pemandu itu sendiri

Saya percaya sebelum ini telah diadakan usaha – usaha pendidikan bagi mencegah kemalangan jalanraya seperti program pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah, program kesedaran dan pendidikan keselamatan jalan raya melalui media-massa, program latihan, pengujian dan pendidikan pemandu vokasional dan program pendidikan untuk majikan dan pekerja. Namun sejauh mana program tersebut dipantau dan dikaji keberkesanannya. Bukan niat saya untuk menuding jari kepada siapa – siapa yang terlibat tetapi sekadar bermuhasabah bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya berkurangan.

Antara inisiatif dan cadangan bagi mendidik pengguna jalan raya bersabar dan beradab semasa memandu adalah dengan menekankan dari sudut aspek kerohanian. Bagi saya setiap agama mempunyai cara yang tersendiri bagi mewujudkan jiwa yang tenang. Bagi mereka yang beragama Islam, digalakkan memasang kaset atau cd Al –Quran semasa memandu dijalan raya. Disamping itu, digalakkan juga mengamalkan doa dan zikir – zikir yang mathur semasa berada dijalan raya.

Selalunya kita lebih menitik beratkan usaha – usaha mencegah kemalangan semasa berada dijalanraya sehingga kadang – kadang kita terlupa untuk berusaha sebelum daripada itu. Bagi masyarakat Islam dicadangkan agar melaksanakan solat sunat hajat dan solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk dan keselamatan sebelum melakukan perjalanan.

Tuntasnya, bagi mewujudkan keadaan – keadaan seperti diatas adalah bermula dari aspek kesedaran beragama dan bertuhan yang perlu ada dalam diri masyarakat. Justeru saya menyarankan agar kerajaan melaksanakan kempen – kempen kesedaran beragama dan bertuhan selaras dengan ops sikap yang dijalankan bagi memastikan pengguna – pengguna jalanraya lebih sabar dan beradab semasa memandu.

Mohd Khairul Hidayat Berahim
Presiden
Persatuan Mahasiswa Melaka
Universiti Malaya ( PERSAMA )

Lebih 800,000 pelajar IPTA dijamin dapat pekerjaan


IPOH: Kementerian Pengajian Tinggi yakin lebih 800,000 pelajar yang kini berada di institut pengajian tinggi akan mendapat pekerjaan yang sesuai walaupun pertumbuhan ekonomi negara dijangka rendah tahun ini dan beberapa tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata masih ada peluang pekerjaan dan perniagaan baru kerana kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan awam walaupun sektor swasta mula mengambil langkah mengurangkan kos termasuk membuang pekerja.

Beliau berkata, berasaskan kajian kementerian itu sejak beberapa tahun lalu, kira-kira 80 peratus lulusan diploma dan ijazah sarjana muda mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas lulus.

Katanya, graduan yang sukar mendapat pekerjaan biasanya adalah lulusan kesusasteraan universiti awam seperti pengkhususan dalam Geografi.


“Peluang pekerjaan masih ada dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kerana walaupun dalam suasana ekonomi semasa, perbelanjaan dalam negara masih tinggi.


"Universiti juga digalakkan menyediakan program keusahawanan bagi pelajarnya kerana masih banyak ruang untuk peluang perniagaan.

"Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mengesan kekosongan jawatan dalam industri dan memadan graduan mengikut bidang masing-masing,” katanya selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) di sini, semalam.


Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr Zakaria Kasar.


Khaled berkata, lulusan ijazah sarjana muda juga boleh menyertai perkhidmatan awam kerana sektor itu sentiasa mempunyai kekosongan walaupun dalam keadaan ekonomi lembap.


Beliau berkata, Kementerian Pelajaran menetapkan nisbah guru dengan murid kepada 1:1.7 dan sasaran itu membuka lebih banyak pekerjaan dalam bidang pendidikan untuk graduan.

Katanya, tahun ini saja, 9,700 tempat disediakan untuk kursus diploma pendidikan dan graduan ijazah pertama dalam semua bidang digalakkan memohonnya.

Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi juga akan memanjangkan tempoh kajian mengenai graduan yang mendapat pekerjaan daripada enam bulan kepada dua tahun selepas menamatkan pengajian untuk melihat kesan kelembapan ekonomi.

"Dalam tempoh dua tahun itu, kita tahu di mana graduan ini bekerja, sama ada mereka sudah bekerja atau sebaliknya, apa jurusan yang sukar mendapat kerja dan mencari jalan mengatasi masalah graduan yang sukar mendapat pekerjaan," katanya.

Ihsan: Berita Harian

01 February, 2009

Gambar pejuang syahid meniupkan semangat juang rakyat palestin


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar ( at – Taubah : 111 )

BERPULUH-PULUH
gambar pejuang Hamas yang terkorban sepanjang serangan 22 hari tentera Zionis ditampal di dinding sekitar bandar Gaza dengan tujuan menaikkan semangat juang rakyat Palestin untuk bangkit mempertahankan tanah air mereka.


Kebanyakan gambar pejuang Hamas berkenaan yang disertai kata-kata semangat ternyata berjaya meningkatkan moral dan semangat jihad pejuang Hamas dalam menghadapi serangan Zionis seterusnya.

Biarpun serba kekurangan dalam aspek kelengkapan senjata api moden, tentera Hamas terus digeruni Zionis yang menyifatkan mereka `askar bayang-bayang' atau `tentera hantu'.

Seorang pegawai pemerintah di Kementerian Dalam Negeri Palestin, Abu Hatim, 54, berkata, tindakan menampal poster gambar tentera atau pejuang Hamas yang mati syahid mampu menyemarakkan lagi rasa cinta dan kesungguhan untuk mempertahan Gaza dari dijajah.

Katanya, kebanyakan tentera atau pejuang Hamas yang mempertaruhkan nyawa untuk kedaulatan negara itu meminta supaya gambar mereka ditampal jika terkorban dalam perjuangan.

"Seorang tentera, Amra Yusuff, 27, yang mati dalam serangan roket helikopter Apache 27 Disember lalu, pernah berpesan `gantunglah gambar aku untuk menaikkan semangat rakan agar tidak takut mati syahid'.

"Sebaik dia terkorban, kami yang menerima wasiat itu segera menggantung gambarnya di setiap ceruk bandar Gaza untuk mengingati keberaniannya," katanya.

Perkara sama turut dilakukan bagi memperingati Jeneral Taufik Jabir, 55, yang turut maut selepas diletupkan oleh roket helikopter Apache Israel di pusat latihan tentera Hamas.

"Keberanian jeneral berkenaan menjadi ingatan penduduk Gaza apabila salah satu kasut kanannya yang ditembusi serpihan bom roket ketika letupan terus diletakkan di tempat dia dibunuh kejam.

"Poster wajahnya bersama kata-kata semangat yang pernah diucapkan sebelum ini turut ditampal di hospital dan pejabat kerajaan yang terselamat," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu bukan sebagai `memori' pahit bagi mereka sebaliknya satu kebanggaan besar kerana mampu mati syahid.

"Jika diberi peluang, saya juga bercita-cita ingin mati syahid seperti mereka. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana orang mati syahid adalah mahkota di atas kepala.

"Mereka yang mati syahid adalah pahlawan Islam sebenar berbanding tentera Yahudi yang pengecut. Demi Allah! Kami lebih takutkan anjing berbanding tentera Yahudi itu," katanya penuh semangat.

Abu Hatim berkata, ramai pejuang syahid di bumi Gaza terus dipelihara oleh Allah menyebabkan tubuh mereka tidak reput walaupun selepas beberapa tahun ditanam.

"Terbaru, mayat seorang pejuang Hamas yang mati, Ismail Abu Sanaf, masih tidak reput walaupun selepas enam tahun ditanam. Kami hanya mengetahui keistimewaan jenazah terbabit ketika ingin menanamkan mayat anaknya yang terkorban bersebelahan kuburnya tiga minggu lalu.

"Kejadian itu adalah bukti kekuasaan Allah SWT dan kami adalah tentera Tuhan yang akan mengajar kebiadapan Israel itu.

“Jika Israel ke Gaza untuk menghapuskan Hamas, sebaliknya Hamas kini semakin disayangi rakyat Palestin.

"Jika mereka (tentera Israel) menyerang Gaza untuk membunuh pemimpin Hamas... mereka hanya membunuh dua daripada 500 pemimpin gerakan ini," katanya.
( Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar )